Wednesday, March 5, 2014

Journey To Padang - Day Two - 20022014

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Haiii!! So, amacam story Day One? Okay tak, okay tak? Tak okay? Alaaaa :( Sorry, sebab I'm not a blogger. Aku tak reti sangat keluarkan ayat ayat gramatis, romantis ni. Waduh. Jangan la bosan lagii, please. Banyak lagi post ni tau. By the way, bosan, tak bosan, nak sambung jugak. Day Two :)

Bismillah. Hm, day two kiteorang start dengan kene bersiap siap sebab... kiteorang akan tolong orang kampung situ buat empangan! Wuyyoo, buat empangan. First time tau. Kat sungai pulak tu ;) Tapi before nak jalan tu, kiteorang praktis nak buat persembahan kat Ar-Risalah petang nanti.


Praktis nasyid, Sollu 'Ala Muhammad ;)


We're ready! Here we go! 

Kiteorang nak pergi kawasan sungai tu kene jalan kaki tau. Jalan punya jalan, batu sungai pon kiteorang tak nampak. Ya, jujur deh, penat banget ya berjalan. 1 to 2 kilometre. Fehhh! Sekali tetibe time jalan tu, bebudak kat belakang semua dah naik van, ape lagi, nyelit la! Haha. Alhamdulillah, rasa nikmat sangat dapat naik van tu daripada berjalan kaki? Ye tak? Naik van, sekejap je dah sampai and jauh jugak la kawasan sungai tu kalau nak jalan kaki kan. Then, nak pergi kat kawasan sungai tu bukan gampang. Kene masuk lorong ape tah, pastu baru sampai. Masa sampai tu, me and Nuha eksited banget ya nampak sungai! Hahaha. Jakun. 

Pastu, kiteorang start la kerja kiteorang. Yang akhawat kene kumpulkan batu batu untuk buat benteng and kawal air sungai. Yang ikhwah kene korek ape entah kat dalam sungai supaya air mengalir and diorang kene isi batu batu dalam dawai untuk buat benteng gitu la. Kata nak buat empangan kan? Then, kiteorang, yang akhawat start la buat chain untuk pas pas batu sungai untuk kumpul dalam bakul. Dapat bayangan tak? Haaa takpe, takpe. I'll show you some photos eh? ;)



Ni kumpul batu batu untuk buat benteng kecik. Benteng ni kukuh okay, sebab ada batu batu kecik yang mengukuhkan dia ;)




At first masa sampai sini memang taknak basah langsung. Sebab jenuh la nak basuh pastu esoknya nak kene pergi tempat penginapan lain. Takut tak kering nanti. But, at last, haaa kau, basah semuanya. Tak tahan tengok air sungai plus semua macam dah lama tak main air sungai. Lenjan jelah. Baju kering tak kering tu nanti fikir. Haha. Lepas berapa lama kat sungai, kiteorang kene naik, balik sebab petang ada sharing dengan students SMA 3 sekolah Ar-Risalah. Students SMA 3 ni ape? Haa, kejap lagi ceq bagitau naa~

Nak balik ni, takde van van dah. Kene jalan kaki. So, aku, Nuha and Sarah plan la nak nyanyi plus story story siked time tengah jalan. Biar perjalanan 1 or 2 kilometre tu tak rasa jauh pon. Memacam lagu kiteorang nyanyi. Ehem, lagu lagha pon ade. Hee *garuk kepala* masa jalan tu, gelak gelak apa semua tetibe, dah sampai. Serious tak rasa penat langsung! Sampai villa tu, solat Zohor Asar apa semua dulu, keringkan baju dulu. Then, baru gerak pergi Ar-Risalah.

Sampai kat Ar-Risalah, diorang bawak pergi satu kelas ni. Then, kiteorang jumpalah students SMA 3. For your inormation, students SMA 3 ni, sebaya kita je, umurnya 18 tahun jugak. Kat Indonesia, diorang belajar 6 tahun, berlainan dengan kita yang belajar 5 tahun je. Macam tu haa sistemnya. Pastu, diorang ajak bercerita pasal universiti kat Malaysia, macam mana nak masuk apa semua tu. And kiteorang tukar tukar ilmu and budaya antara dua buah negara. Haa gitu~


Lepas berbual pasal univirsiti negara masing masing, kiteorang, akhwat J2P buat persembahan siked yang kiteorang berlatih pagi tadi tu~ Lepas kiteorang buat persembahan, diorang nyanyikan pulak satu nasyid ni, sedap!! Memang sekolah Ar-Risalah ni, kalau nyanyi semua sedap deh. Lepastu kiteorang nyanyi lagu One Big Family by Maher Zain ramai ramai. Serious rasa macam dah lama kenal and seru banget ya nyanyi ramai ramai. 'You're my brother, you're my sister~ we're happy family. Wooooo~' Ehem, sorry! Ahaa, And lepas nyanyi nyanyi tu, diorang ajak kiteorang main basketball tapi, kiteorang mana reti. So, kiteorang ajak la main netball tapi diorang pulak tak reti. Waduh. At last, MLAT ajak main captain ball. Game yang macam netball and basketball tapi takde peraturan. Diorang pon okay tapi ade certain tak dapat join sebab ada liqo'. But, it's okay, the game is still on! Wehee.





Nak main something mesti ade team kan? So, ini team 1 ;)


Team 2! Yeahh, it's my team yaw ;)


With Fathia :)


Semoga ukhuwahnya tetap terjalin ya :') insha Allah sampai ke syurga.


Bercakap tentang gambar yang last ni, macam ni ceritanya. Time tu aku tengah duduk sensorang, penat la kann main captain ball tu. Tetibe diorang datang ajak berbual. Then aku pon layan jelah tapi aku macam kekok siked sebab tak biasa. Then aku cakap la, "Huaa, maaf aku gak tau mau ngomong apa"  *tutup muka* Then ada sorang ni cakap, "Orang pemalu gak ngomong lo dia itu pemalu" Waduhh, serious aku sentap sebab semalam kan aku perkenalkan diri and aku cakap aku pemalu. Hahaha. Malu oii. Lepas dia cakap macam tu, aku terus try biasakan diri aku berbual apa semua. Rupanya, senang je nak masuk dengan diorang ni. Haha *ketuk muka sendiri*

Masa dah nak balik tu, ada sorang akhawat Ar-Risalah ni bawak kiteorang ke jalan keluar. And jalan keluar dia memang takkan lalu langsung area ikhwah. Sebab laluan dia makin ke atas, bukan ke bawah sebab bawah tu area ikhwah. Fuh, memang daebak betul sekolah ni. #RESPECT


Macam ni haa laluannya. Fuh. Hebat hebat.

Konklusinya, memang day two hari yang sangat sangat penat. Sepatutnya malam tu ada taujih tapi batal and tangguh time Subuh esoknya. Tapi, kiteorang sangat sangat have fun! Lagi lagi masa dapat main air sungai. Hehe. Time buat empangan tu jugak, kalau kiteorang tak bekerjasama, memang semua takkan jalan. Dan, Walaupun akhawat hanya tolong siked jea iaitu just kutip batu batu, buat benteng kecik, korek batu batu yang melambatkan aliran air sungai tapi insha Allah serba sedikit dapat meringankan beban pakcik pakcik yang selalu berpenat lelah nak buat empangan tu. Glad to help you villagers! May Allah ease everything for you. Amin. 

And yang paling penting, kiteorang dapat kawan baru! Kawan baru yang mengajar kiteorang dan menyadarkan kiteorang bahawa misi isi kita adalah untuk berdakwah. Kita sekolah kat sekolah agama sebenarnya, kita tengah bersiap siapkan diri kita untuk berdakwah dan gerakkan orang kat luar sana tu. Kalau bukan kita yang bergerak, siapa yang nak mengerakkan mereka? Yeah, they taught us that. Thank you Ar-Risalah, Thank you! :')

Last, 3 KATA PENGGONCANG DUNIA! TAKBIR! Ya Allah, rindu nak dengar suara takbir yang hebat macam tu lagi. *nanges belakang pintu*


Kebanyakan sumber gambar daripada Kak Iman :D
Thank you Kak Iman.


Tuesday, March 4, 2014

Journey To Padang - DAY ONE - 19022014

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"

Alhamdulillah! Setelah lama tak menulis blog, kali ni tetibe terasa nak tulis balik. Sebab dirasakan sangat banyak pengalaman yang nak dikongsi dengan korang semua. Fuhhh, serious macam nervous je nak tulis. Ada orang baca ke?! Haha. Okay, takpe. Jom jom, nak start dah ni~

Ehem! First of all, before Team J2P iaitu Journey To Padang bergerak ke LCCT pada 19022014, Rabu, kiteroang menginap kejap kat Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru (SMIHJB). And yeah, kat sana ada taklimat siked tapi aku tak sempat datang. Hehe :D malam tu memang takde buat apa sangat pon. Just bersiap siap and tidur untuk bertolak esok pagi. 

6:30 pagi, 19022014, Rabu, kiteorang dah siap siap nak naik bas untuk pergi ke LCCT, Kuala Lumpur. Yelah kene tiba kat LCCT lebih awal sebab flight kiteorang pukul 1:45 pm. JB-KL pon bukan dekat. Dalam 4 jam baru sampai. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan memang takde halangan and orang orang dalam bas semua enak meng-QADA'-kan TIDUR mereka. Haha.

Tidur punya tidur tetibe terjaga, 'Eh, dah sampaii~' Haa gituu. So, perjalanan 4 jam tu tak terasa sangat. Sampai sampai je uruskan luggage, letak reben sebagai penanda and check in luggage. Lambat la jugak masa nak menguruskan luggage, but Alhamdulillah, semuanya okay okay aja ^^ Around 1:45 pm or 2.00 pm tak ingat, kiteorang pon fly~ Wehee. 





GOODBYE MALAYSIA, WE'RE GOING NOW! :D

And yeah, perjalanan kiteorang daripada KL-PADANG itu ya, cuma 1 jam aja kok. Eh, bentar, kok ngomongnya bahasa indonesia sih? Ya iyalahh! Katanya ke Indonesia, harus ngomong bahasa indonesia dong ;) hehe. Tapi tapi nak cerita nii, masa dalam airplane kan, me and hana' syafiqah order Maggie Cup tau, tapii tak sempat nak habes maggie tu dah nak sampai dah. Cepat banget ya -.- Jadinya itu, bila dah sampai kat Airport Minangkabau, bermacam macam perasaan yang kiteorang rasa. Nervous. Yes. Kiteorang nervous sangat. Ape je seh aktiviti dia nanti? Sanggup ke kiteorang hadapi semuanya? Cukup qowiy ke kiteorang ni? Sebab dengar pengalaman akak akak dulu macam 'woww, adventurenya!' Setelah sampai itu ya, Pak Rinaldi sama Pak Tommy yang jemput kiteorang kat airport. Then, kiteorang naik mini bus daripada airport ke tempat penginapan. Sampai je kat tempat penginapan, kiteorang macam, ya Allah, LAWANYA!! Surrounding dia, lawa sangat! Macam villa. And kiteorang sangat sangat eksited gitu. Then ketemu deh sama Kak Devva sama Kak Ami. First time jumpa tu agak kekok siked la. Then mereka bawak kiteorang masuk rumah villa tu. 

Bila masuk, ya Allah, sumpah lawa banget structure rumahnya. Enggak bisa ditunjuk deh kerana enggak ada gambarnya. Then masuk ke biliknya ya keren banget! Gedek gitu loh. Dalah villa dia kat kawasan tanah tinggi. Waduh, keren deh! Lepastu, kiteorang siap siap nak pergi Ar-Risalah Boarding School.


Masa sampai je kat sekolah ni, aku pelik. Mana perempuannya? Kok enggak kelihatan sih? Kenapa lelaki je ramai? Ni sekolah lelaki jeke ape? Then masuk dewan dia, ada kotak makanan. Nama kotak tu SEDAP MANTAP. Hehe. First time dengar memang gelak sebab macam kelakor. Macam. And yang paling aku tertarik sekali ialah persembahan dia. Diorang buat dua persembahan. SATU, persembahan ACAPELLA tapi nyanyi lagu minang. Seriously Best!! First time tengok acapella live. And lagu KEDUA, diorang nyanyi lagu Ghuraba'. Sangat best lagu Ghuraba' tu ya Allah. Serious talk okay. Nah, I'll give you the video of the acapella. Enjoy eh eh :D




Ni group yang nyanyi lagu Minang dengan lagu Ghuraba' tu

Kitorang dekat Ar-Risalah ni sampai malam tau. Ohh, ya! Before lupa, sekolah Ar-Risalah ni sekolah asing ikhwah akhawat. Bahagian bawah sekolah ni, area ikhwah and akhawat DILARANG masuk. Patutlah tadi, masa kiteorang sampai takde akhawat langsung. Tu kawasan larangan. And kawasan akhawat dia kat bahagian atas. Ikhwah pon tak boleh masuk. Organisasi ikhwah akhawat pon lain lain. For your information jugak, akhawat dia tak pernah langsung jumpa ikhwah. Hebat kan? So, peratus ikhtilat tu sangat kurang. Okay, dipendekkan cerita, kiteorang sampai malam tau kat situ. Lepas solat Maghrib, tetibe ketua akhawat dia panggil kiteorang untuk perkenalkan diri kat dalam surau. Dah la kene duduk depan. Em, bab bab perkenalkan diri aku memang lemah siked. Hm.


As our ketua rombongan ke Padang, Maryam Liyana or MLAT, dia la kene start perkenalkan diri dulu. Aku memang salute la dekat dia. English dia memang tip top! :)


"Hana', nak cakap apa nii. Kita tak reti la. Blablabla" Cuak okay, cuak. I hate standing infront of people :(


And guess what, masa turn aku perkenalkan diri tu, aku cakap cemni, "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Em, Nama saya seperti satu lagu ini, em, Asma Amanina Aminuddin. Em, saya amek jurusan akutansi. Nak cakap ape lagi ek. Maaf. Tapi sebenarnya saya ni pemaluu. Okay." Lebih kurang macam tu la. Ya Allah sumpah malu tahap nak koyak muka simpan dalam poket T.T Masa aku duduk tu diorang nak tanya soalan lagi tapi aku terus pass kat Hana' Nabilah kalau tak silap. Haih. Teruk. Okay, lepas perkenalkan diri apa semua tu, pulang ke villa. Lalu kat laluan yang gelap gilita. Dah macam night walk. Oh ya, perkara yang aku dapat daripada sekolah Ar-Risalah ialah, hamasah diorang. Like seriously, diorang sangat ramah and semangat layan tetamu. Jawab salam kiteorang je dah macam nak gegar surau. And aku belajar satu ayat baru. Ada satu time tu, seorang jerit, "TIGA KATA PENGGONCANG DUNIA, TAKBIR!!" and yang lain jawab, "ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR" Seriously nak gegar surau tu. And aku rasa kata kata tu menusuk dalam hati aku. Terkejut. Yes. Aku sangat terkejut dengan semangat diorang melaungkan kata kata tersebut. Kalau kat Malaysia? Aku tak jumpa lagi. Maaf, tapi ini serious. Betapa diorang bangga mengucapkan kalimah tu, Allahu.

Balik daripada sekolah Ar-Risalah tu, ada berkenalan siked daripada tuan rumah. I mean the villa tula. Tuan Rumah dia baik ^^ And after that, tidur deh :D

Yaaaa, itulah serba sedikit daripada kisah First Day kiteorang, Team J2P di Padang. Jujur aku cakap, first day je aku dah rasa seronok, eh, seru banget berada di Padang. 


#Sabar!! Ada sambungannya dong. Baru Day One. 
Jangan lupa baca sampai Day Twelve ya ;)


*Gedek - Besar
*Keren - Hebat dalam nada teruja
*Banget - Sangat
*Kiteorang - Kami